• Amalkan menu makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran agar dapat
mengurangi risiko tubuh daripada dibanjiri lemah jenuh,gula dan makanan olahan.
Antara makanan yang baik yang boleh diamalkan adalah seperti
asparagus,seleri,pisang,lobak merah,timun kerana makanan sebegini kaya dengan
klorin. Nutrisi daripada makanan seperti ini akan membantu membentuk jaringan dan
memperbaiki saraf yang telah rosak. Kacang-kacangan seperti soya yang kaya
dengan asid amino juga amat penting untuk fungsi ginjal.
• Bagi menjaga kadar gula darah pada tahap yang baik,makanlah sekurang-
kurangnya lima hidangan kudap-kudapan sihat yang terdiri daripada buah-buahan
dan sayur-sayuran seperti disarankan.
• Adalah lebih baik anda elakkan daripada makan makanan segera kerana makanan
sebegini terkenal dengan kandungan sodium yang tinggi. Jika anda teringin untuk
menikmatinya,sediakan sendiri makanan anda seperti makanan burger sayuran yang
berisi daun salad,tomato dan bawang bombay.
• Jika boleh,pilihlah makanan yang dipanggang atau dikukus berbanding makanan
yang bergoreng Tempe,pisang dan sayuran lain boleh disediakan menggunakan
kaedah memasak dengan cara memanggang atau kukus.
• Sup sayuran adalah pilihan yang terbaik untuk makan malam setelah seharian
bekerja. Pastikan anda pilih sup sayuran yang mengandungi sedikit kandungan
sodium, atau lebih baik jika anda sendiri yang menyediakan hidangan ini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan