DEMAM K POP DAN DRAMA KOREA MEMBUATKAN RAMAI DI ANTARA KITA YANG BEGITU MENGAGUMI KECANTIKKAN WANITA KOREA. SELAIN MEMILIKI KULIT YANG CANTIK DAN MULUS, TUBUH MEREKA YANG LANGSING SAAT MENGENAKAN FESYEN K POP BEGITU MEMUKAU. BAHKAN SUDAH RAMAI ANAK-ANAK REMAJA YANG MENGIKUTI TREND FESYEN KEGILAAN RAMAI INI. NAMUN RAMAI JUGA YANG MERUNGUT KERANA GAGAL KELIHATAN LANGSING SEPERTI PENYANYI DAN PELAKON PUJAAN MEREKA.

1. Nine Muses
Girlband Nine Muses menceritakan cara diet mereka yang unik dan terkenal dengan mengisi sebuah gelas dengan 2/3 gelas nasi dan 1/3 bahagian dengan lauk pauk. Gadis-gadis ini beralasan bahawa cara diet tersebut membantu mereka merasa puas dengan makanan tersebut.
2. SECRET
Girlband SECRET lebih menyukai protein yang tinggi dan diet karbohidrat rendah. Jadi mereka hanya makan jenis protein, tauhu, susu tetapi mengurangkan nasi mereka sebagai makanan asas dan menggantikannya dengan ubi. Tidak lupa juga mereka menambahkan sayuran sebagai serat untuk tubuh mereka. Berikut jadual diet harian mereka:
Isnin
1 keping roti bakar, 1 appel, 1biji ubi.
salad dan dada ayam.
8 tomato ceri, 1 timun.
Selasa
1 keping roti bakar, susu rendah lemak.
1biji ubi.
8 biji strawberry, 5 biji tomato ceri.
Rabu
1 keping roti bakar, susu rendah lemak.
1 ubi, 5 biji tomato ceri.
5 biji strawberry, 1biji timun.
Khamis
1 keping roti bakar, susu rendah lemak.
dada ayam, 8 biji strawberry.
5biji tomato ceri, 1biji timun.
Jumaat
1 keping roti bakar, 1 biji appel
3 biji telur, 1biji timun, 5 tomato ceri.
10 biji strawberry, 1biji timun.
Sabtu
1 keping roti bakar, susu rendah lemak.
1biji ubi.
1keping tauhu, 3 biji tomato ceri.
Ahad
1 keping roti bakar, susu rendah lemak.
1 biji ubi.
1biji timun.
3. Stellar
Gadis-gadis Stellar punya cara diet yang tersendiri. Mereka hanya membawa makanan dari rumah dan menolak makan di luar itu. Jadi, mereka menghadkan jumlah makanan yang mereka santap termasuk mengira jumlah suapan kalori ke tubuh mereka.
4. SNSD
Member SNSD memiliki pola makan yang lebih rumit untuk diet mereka, yakni 1500 Kcal/hari. Girlband ini menghadkan beberapa makanan yang terdiri dari nasi, dada ayam panggang (hanya yang dipanggang tidak digoreng), brokoli rebus, dan sayuran lain nya yang berganti-ganti sebagai sarapan pagi. Sedangkan untuk makan tengahari, mereka terdapat nutrisi dari nasi, dada ayam panggang, kubis, salad paprika, dan kacang almond. Untuk makan malam, gadis-gadis ini makan ubi, telur, kubis, dan salad paprika.
5. Seo In Jung
Aktris Seo In Jung memang terkenal melakukan diet pisang untuk membuat tubuhnya tetap langsing. Diet pisang sendiri kini popular dengan sebutan “diet glamor” kerana membuat wajah kita lihat lebih kecil, membakar lemak di pinggang dan perut, dan membuat dada lebih mantap.
Seo In Young memberitahu bahawa sebulan sebelum ia mempromosi album, ia mampu menghilangkan 6 kg dalam 4 minggu dengan pola diet pisang ini. Berikut jadual dietnya:
1-2 pisang + 2 gelas air.
Makan tengahari yang tidak berminyak dan sihat yang label kalorinya tidak mengandungi lemak dan sedikit karbohidrat.
Ketika merasa lapar pada malam hari 1/2 – 1 pisang.
Makan malam: Makanan yang dibuat dari beras dan rempah-rempah.
6. Nicole KARA
Nicole mengaku bahawa ia menurunkan lebih dari 3 kg ketika ia melakukan diet Denmark ini. Diet ini dikenal sebagai diet yang dilakukan di Royal Danish Hospital, yang sangat padat dengan protein tinggi dan kalori rendah selama 13 hari. Kebanyakan jadual dietnya fokus pada protein. Jadi ia lebih mengutamakan makan daging tetapi mengurangi makanan yang lain. Daging yang dipilih adalah daging yang bermutu tinggi, bebas dari lemak babi.
7. Yoon Eun Hye
Aktres cantik bertubuh indah, Yoon Eun Hye melakukan diet 1600 Kcal/hari.
Pagi: 170 gr nasi , sup kacang, telur rebus, salad jagung dan sayur/kimchi.
Tengahari: 170 gr nasi , sup, ubi, salad, kacang rebus dan kimchi.
Petang: 1/2 potong jagung, tomato ceri 200 gr.
Malam: 170 g nasi, sup, ikan panggang, kacang, kimchi, stir-fried butterbur
Tengah Malam: 10~20 biji strawberry
8. Park Bom 2NE1
Bom 2NE1 memang terkenal memiliki "selfish body" a.k.a tubuh cantik yang hanya dimilikinya seorang. Ternyata untuk mempunyai tubuh yang cantik itu Park Bom melakukan diet sayuran yang padat. Ia sering makan salada yang memang terkenal membuat kita merasa kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. Dan ketika lapar pada waktu malam, Park Bom mengelakkani makanan berlemak dan hanya memakan jagung bakar atau rebus. Menurutnya rahsia kaki cantik juga didapat dari jagung.
9. Jung Hye Young
Pagi: 1 potong dada ayam, 1 biji ubi, 1 gelas susu, dan vitamin.
Tengahari: 1 potong dada ayam, 1 ubi, dan brokoli
Petang: 10 biji tomato ceri.
Malam: 1 potong dada ayam, dan 1 biji ubi.
10. Seo In Gook
Menu diet dari pemenang “Super Star K” Seo In Gook menjadi perhatian seketika di internet. Kalori hariannya hanya 1200 Kcal. Dia menurunkan 15 kg dalam 3 bulan. Dalam menunya, ia makan almond, dada ayam, dan semua makanan yang direbus. Menurutnya makanan yang digoreng, kuning telur, adalah makanan yang bagus untuk membina badan.
11. Wheesung
12. Changmin 2AM
Chang Min menjadi perhatian ketika ia menceritakan menu dietnya. Meskipun beratnya pernah mencapai 100kg, dia boleh menjadi jejaka yang gagah dengan berat 70kg melalui diet konsisten yang dilakukannya selama 5 tahun. Ia menjaga kalori dan lemak ke dalam tubuhnya dengan selalu membaca label dalam bungkusan makanan sebelum makan. Dan berikut diet seharianya:-
Pagi: multi-vitamin, 1 ubi ukuran sedang, susu rendah lemak, 1 biji telur, 2 putih telur
- Tengahari: 1 dada ayam, 1 ubi ukuran sedang, salad tanpa soss
- Petang : 4 putih telur, 1/2 ubi
- Malam: 1 dada ayam atau 7 putih telur (jika lapar, makan salad)
- Selepas bersenam: 1/2 appel, 15minit kemudian, 1 tablet protein.
13. Uee After School

UEE menjadi topik panas setelah ia menceritakan cara dietnya. Dia menyatakan, "Biasanya pada waktu makan tengahari aku membawa bekalan makanan aku sendiri." Uee juga biasanya membuat minumannya sendiri yang di buat dari biji-bijian. Dia menjelaskan, "Minuman ini berisi kacang hitam, gandum, beras, susu dan madu, sehingga dapat digunakan sebagai ganti satu hidangan makanan."
Makan siang Uee berisi berisi nasi, tauhu dengan ubi, dan salad dada ayam. Jika di jumlah, semangkuk nasi merah adalah 150 Kcal, minuman gandum 110 Kcal, dan salad ayam adalah 205 Kcal. Secara keseluruhan,makan harian Uee tidak melebihi 1000 Kcal.
14. Navi
Penyanyi Navi pernah mengalami masalah berat badan dan masalah kulit saat. Salad Thailand berisi buah, sayur, dan ikanbaik untuk kulit dan tubuh. Salad tersebut berisi jeruk, tomato ceri, sotong, udang, dan banyak lagi sayuran. Anggur sendiri menurunkan kolesterol dan membantu melawan penuaan kulit, tomaot ceri dapat memecah lemak, sedangkan udang memiliki banyak kandungan protein. Salad Thailand menurut Navi adalah menu idelanya untuk berdiet.
Semoga ia bermanfaat untuk anda semua













1 ulasan:
hi, so ttg telur kt ats tu, telur sparuh mse, telur dadar or telur rebus ????
Catat Ulasan