Ahad, 21 April 2013

JANGAN JADI WANITA SARKASTIK

SEDAR atau tidak,utuhnya sebuah pernikahan sebenarnya terletak di hujung lidah suami isteri. Kata-kata boleh menjadi pemicu pentengkaran namun dalam masa serupa mampu menyejukkan hati dan membahagiakan jiwa pasangan.
APA ITU SARKASTIK?
Sarkastik merupakan suatu gaya bahasa yang bertujuan untuk menyindir dan menyinggung perasaan.Indahnya sarkastik adalah kerana kata-kata yang dituturkan tidak menggunakan kata-kata kasar tetapi efeknya sangat menyakitkan hati. Justeru kata-kata sarkastik amat tidak digalakkan dalam perbualan suami isteri. Namun jika ia telah terlanjur luahkan,apa yang perlu kita lakukan?
1. BERTERUS-TERANG
   Berterus-teranglah dengan pasangan tentang tujuan dan niat anda. Bebincanglah semasa hati kalian bedua sudah agak tenang dan tidak dikuasai perasaan marah atau sakit hati. Mulakan perbualaan dengan ucapan maaf.
2. BERTANGGUNGJAWAB
    Jangan sesekali membei alasan dalam menghadapi masalah. Anda perlu bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa anda telah melukakan hatinya dengan kata-kata sarkastik.
3. BERUBAH
    Anda tidak akan mengubah bahasa sehingga anda menyedari akibatnya.Justeru inilah masa yang paling tepat untuk anda mengubahnya. Setelah memohon maaf dan menerangkan maksud serta tujuan anda,tanamkan azam untuk berubah dalam diri.
4. PERTAHANKAN PERUBAHAN
    Mengubah gaya percakapan memang tidak mudah. Apatah lagi, ia sudah sebati dengan diri anda. Namun jika anda mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan berkekalan,anda pasti tahu bahawa anda perlu menjadi seorang istei yang lebih berlemah lembut dan menghormati suami. Apabila anda telah berubah,pertahankan perubahan itu untuk selama-lamanya.    

Tiada ulasan: