Selasa, 16 April 2013

CARA MANDI BUNGA


CARA MANDI BUNGA

1. Sediakan 7 Jenis bunga yang berbau wangi. Ambil 7 kuntum setiap 1 jenis bunga.
  • Bunga Cempaka
  • Bunga Harum Sundal Malam
  • Bunga Kenanga
  • Bunga Kekwa
  • Bunga Tanjung
  • Bunga Melur 
  • Bunga Mawar
2. Masukkan ke dalam baldi yang berisi air bersih. Cerai-ceaikan bunga tersebut supaya
    tertanggal dari batangnya.

3. Hiriskan limau purut dan limau nipis untuk di campurkan bersama bagi menambah haruman
    air mandian itu.

4. Titikan 7 titisan minyak wangi tanpa alkohol tersebut dalam baldi.

5. Selepas itu baca ayat-ayat yang berikut.
  • Bismillah 7x
  • Selawat Nabi 7x
  • Surah 4-Qul 7x
  • Surah Al-Nur 7x
6. Embunkan air bunga tadi selama satu malam.

7. Selepas itu bangun subuh-subuh mandi bunga sama ada awal pagi atau lewat petang
    sebelum masuk waktu maghrib. 

8. Mulakan bacaan Bismillah 7x dan Selawat Nabi 7x. Niat ddalam hati hasrat yang dihajati.
    Masa menjirus bunga yang jatuh ke badan jangan dibuang sebaliknya ambil dan gosok-
    gosok di seluruh badan. Air mandi tadi jangan dikesat biar ia kering di badan.

Tiada ulasan: