Siapa kata menurunkan berat badan memerlukan pengawasan diet 24 jam sehari? Berdasarkan kajian British,berdiet boleh dilakukan selama dua hari dalam setiap minggu. Ia kadar yang memadai untuk membantu menurunkan berat badan.
Kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan responden mengamalkan diet 1,500 kalori dengan mengawal pengambilan karbohidrat berkanji selama dua hari dalam seminggu (karbohidrat tidak berkanji dari sumber sayuran boleh diambil dalam tempoh ini).
Selepas 12 minggu amalan ini diteruskan,responden tersebut kehilangan berat badan hampir dua kali ganda sebagaimana mereka yang mengawal kadar kalori makanan setiap hari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan