Selasa, 16 April 2013

BERAS HITAM VS BERI BIRU



Beras hitam mengandungi sedikit gula,tetapi mengandungi kadar serat yang tinggi serta pati tumbuhan semulajadi yang dapat membantu melawan penyakit jantung dan kanser. Menurut pakar pemakanan,satu sudu makan beras hitam nmengandungi lebih banyak zat seperti zat antioksidan anthocyanin seperti yang terdapat pada buah beri biru,tetapi tidak mengandungi banyak gula,mengandungi banyak serat serta antioksidan vitamin E.

Buah beri berkhasiat untuk membantu kesihatan tubuh,beras hitam dan sekamnya pula memiliki kemampuan lebih daripada itu.Beras hitam lebih unik dan ekonomi serta kaya dengan antioksidan. 

Kandungan antioksidan di dalam buah ini menhancurkan molekul berbahaya,melindungi arteri dan mencegah kerosakan DNA yang dapat mengakibatkan kanser. Sementara itu,anthocyanin iaitu zat yang memberikan warna gelap pada beberapa jenis buah dan sayuran seperti beri biru dan paprika merah,menjadikan beras berwarna hitam.


Sekam beras ini juga berguna dan berkhasiat. Ia boleh dioalh menjadi bijirin sarapan,minuman,kuih-muih,biskut dan lain-lain makanan menyihatkan lagi

Tiada ulasan: