Selasa, 16 April 2013

MASKER WAJAH DARIPADA BAHAN DAPUR

Sebenarnya untuk cantik, kita tidak perlu berbelanja mahal. Bagi yang mampu, mereka boleh memanjakan tubuh dan wajah di spa namun bagi yang mempunyai bajet terhad,anda masih boleh merawat diri dan tubuh dengan hasil kreativiti dan ilmu kecantikan yang boleh diperoleh secara mudah menerusi bahan bacaan internet,buku mahupun majalah.

Minggu ini FZ RICH SHOP berkongsi resipi istimewa menghasilkan masker wajah daripada bahan dapur seperti buah-buahan,sayur-sayuran serta herba di sekeliling rumah sahaja,Cuma selama ini kita tidak tahu manfaatnya untuk kesihatan serta kecantikan.

Bukan sahaja murah dan mudah disediakan malah paling penting,ramuan semulajadi ini kaya dengan khasiat dan selamat digunakan.

Jadi tunggu apalagi,jom kita selongkar rahsia alam untuk kecantikan

Tiada ulasan: