Ahad, 21 April 2013

Bangkit Seri Whitening Soap & BB Cream

 
Bangkit Seri BB Cream Megah Perawan adalah krim bertekstur ringan yang diformulasikan daripada ekstrak semulajadi yang berfungsi untuk memudarkan jerawat dan mencerahkan kulit. 
Kebaikan Bangkit Seri BB Cream
  • Memudarkan jerawat,jeragat
  • Memulihkan keadaan kulit yang rosak
  • Melembab,menegang,mengawal lebihan minyak
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
Kandungan Bangkit Seri BB Cream
1. Aqua
2. EDTA
3. Glycerine
4. Glycyrrhiza glabra root extract

Double Slim Up Megah Perawan





Sekotak 15 gram x 10 paket
RM 39.90
Beli 3 unit : RM 96.00
Info Produk :
  • Membantu dalam membantu membuang lemak.
  • Membantu mengurangkan selera makan dan mengenyangkan perut sepanjang hari.
  • Membantu memudahkan pelawasan pembuangan air kecil dan besar dan meningkatkan sistem imunisasi badan. Selamat digunakan dan tiada bahan kimia berbahaya.

Kami Dah Sihat & Terbukti Berkesan BERKAT GAMOLEX GOLD





JANGAN JADI WANITA SARKASTIK

SEDAR atau tidak,utuhnya sebuah pernikahan sebenarnya terletak di hujung lidah suami isteri. Kata-kata boleh menjadi pemicu pentengkaran namun dalam masa serupa mampu menyejukkan hati dan membahagiakan jiwa pasangan.
APA ITU SARKASTIK?
Sarkastik merupakan suatu gaya bahasa yang bertujuan untuk menyindir dan menyinggung perasaan.Indahnya sarkastik adalah kerana kata-kata yang dituturkan tidak menggunakan kata-kata kasar tetapi efeknya sangat menyakitkan hati. Justeru kata-kata sarkastik amat tidak digalakkan dalam perbualan suami isteri. Namun jika ia telah terlanjur luahkan,apa yang perlu kita lakukan?
1. BERTERUS-TERANG
   Berterus-teranglah dengan pasangan tentang tujuan dan niat anda. Bebincanglah semasa hati kalian bedua sudah agak tenang dan tidak dikuasai perasaan marah atau sakit hati. Mulakan perbualaan dengan ucapan maaf.
2. BERTANGGUNGJAWAB
    Jangan sesekali membei alasan dalam menghadapi masalah. Anda perlu bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa anda telah melukakan hatinya dengan kata-kata sarkastik.
3. BERUBAH
    Anda tidak akan mengubah bahasa sehingga anda menyedari akibatnya.Justeru inilah masa yang paling tepat untuk anda mengubahnya. Setelah memohon maaf dan menerangkan maksud serta tujuan anda,tanamkan azam untuk berubah dalam diri.
4. PERTAHANKAN PERUBAHAN
    Mengubah gaya percakapan memang tidak mudah. Apatah lagi, ia sudah sebati dengan diri anda. Namun jika anda mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan berkekalan,anda pasti tahu bahawa anda perlu menjadi seorang istei yang lebih berlemah lembut dan menghormati suami. Apabila anda telah berubah,pertahankan perubahan itu untuk selama-lamanya.    

Langkah-langkah Pengundian

7 Langkah Pengundian
  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk
  2. Serahkan dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukan tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
  3. Bergerak kehadapan kerani pengundian kedua, letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
  4. selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi kedalam peti undi masing-masing untuk dewan undangan negeri dan parlimen
  7. Keluar segera dari tempat mengundi.



Bagaimana Mendaftar Untuk Pendaftaran Baru / Pendaftaran Tukar Alamat & Pusat Mengundi

Mendaftar sebagai pemilihBagi Pemilih Biasa (pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat mengundi semasa pilihan raya):

Bagaimana Mendaftar
Untuk Pendaftaran Baru / Pendaftaran Tukar Alamat & Pusat Mengundi

  1. Pergi ke mana-mana pusat pendaftaran
  2. Bawa bersama Kad Pengenalan anda
  3. Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
  4. Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
Di Mana Pusat Pendaftaran
  1. Pejabat-pejabat SPR
  2. Ibu Pejabat SPR Malaysia
  3. Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
  4. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya No. Telefon: 03-88856686
  5. Pejabat Pilihan Raya Negeri
  6. Pejabat pos berkomputer
  7. Wakil-wakil jabatan
  8. Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja)
  9. Pasukan Outreach SPR
  10. Senarai Penolong Pendaftar

National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) kini telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Penolong Pendaftar. Kepada sesiapa yang masih lagi belum mendaftarkan diri sebagai pengundi,bolehlah ke pejabat NIEI di 54B-1, 2nd Floor, Jalan Kemuja, Bangsar Utama,59100 Kuala Lumpur, Malaysia, untuk mendaftar.    Pendaftaran boleh dibuat pada hari Isnin hingga Jumaat,dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.      Maklumat lanjut: 03-2282 4105.
2. Bagi Pengundi Tidak Hadir (atau singkatannya, PTH, yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya); dibenarkan mengundi secara pos.

(i) Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Bagaimana Mendaftar
Pendaftaran dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)-ATM.

Hubungi petugas-petugas SPR yang dilantik daripada kalangan pegawai JRP
  1. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  2. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan
  3. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  4. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Pengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Di Mana
Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP)
 (ii) Pegawai awam luar negara, pelajar & pasangan
      Bagaimana Mendaftar
      Pendaftaran dilaksanakan oleh pegawai pejabat
         Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di
     luar negara.
  1. Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara
  2. Serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal di luar negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda
  4. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan
  5. Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
          Di Mana
         Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat 
         Malaysia di luar negara
3. Bagi Warganegara yang tidak layak mendaftar sebagai PTH tetapi berada di luar negara, anda masih boleh mendaftar sebagai pemilih biasa melalui pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

Di Mana
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara

Cara Daftar & Semakan Online Pemilih Pilihan Raya PRU-13


Pendaftaran mengundi, daftar pemilih, 
Bagaimana hendak daftar undi? itu persoalan yang timbul. Mungkin ramai lagi antara kita yang tidak tahu bagaimana hendak mendaftar undi. Mungkin dah banyak sebaran tentang bagaimana untuk mendaftar sebagai pemgundi, tetapi mungkin ramai yang masih kurang pasti mungkin kerana terlalu banyak tempat pendaftaran yang boleh dibuat.Untuk pengetahuan,  dalam akhbar Berita Harian menyatakan ada pendaftaran online, petikan nya seperti dibawah :
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR muat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Tapi bagaimana cara nak daftar online? kalau menurut akhbar Berita harian ada memberitahu sedikit cara pendaftarannya :
Menurutnya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Mungkin pendaftaran online yang dimaksudkan ialah dengan secara online mendownload borang A. Kalau begitu, hasil dari tinjauan ke web SPR bahawa cara mendaftar online adalah seperti dibawah :
  1. Lawati Laman web http://www.spr.gov.my/
  2. Download borang dengan klik di butang ” Muat Turun Borang A ” atau klik sini
  3. Anda akan dinyatakan syarat pemohonan dan diberi pilihan 3 jenis kategori seperti parti politik, wakil jabatan, individu.
  4. Jika pendaftaran individu boleh download di sini
  5. Isi borang tersebut, Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR * Pejabat pos? itu aku tak pasti.
  6. Jangan lupa kepilkan sekali salinan kad pengenalan bersama borang permohonan tadi, jangan lupa simpan salinan permohonan untuk rujukan.
Kenapa Masih Ramai Tidak MendaftarKebiasaanya alasan mereka yang tidak mendaftar, antaranya tiada masa, tak tahu cara nak daftar, banyak sangat yang dinyatakan tempat mendaftar tak pasti nak daftar dimana, dan ada juga yang segan nak mendaftar sebab takut dikatakan dah terlambat terutama di pejabat pos.
Kebolehan mendapatkan borang A secara online ni bagus sebab memudahkan akses. Cuma bab pergi hantar borang pemohonan mengundi tu yang tidak pasti sangat.

Cara Daftar Semakan Online Pemilih Pilihan Raya PRU-13
 
Semoga bermanfaat
&
Selamat mengundi!